Wednesday, 24 July 2013

Sejarah Lombong Emas

Sejarah Lombong Melayu

Negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu terkenal dengan penghasilan emas. Beberapa kurun yang lalu, di Selinsing, yang terletak berdekatan dengan Sungai Jelai di Pahang, bekas-bekas lombong emas yang dikerjakan oleh orang Melayu masih jelas kelihatan. Emas yang dilombong di Pahang pada masa itu telah diberi kepada orang-orang Siam sebagai ufti. Sebenarnya emas telah dilombong lebih awal daripada penghijrahan orang Siam ke Pahang. Daripada bukti-bukti kemahiran teknik, menunjukkan alat-alat perlombongan itu telah digunakan oleh penghijrah bangsa Mon di Pahang, sejak tujuh atau lapan abad yang lampau. Di sini terbukti bahawa perlombongan emas di negeri Pahang mula-mula sekali dijalankan oleh orang-orang Mon.Kemasyhoran Pahang sebagai pengeluar emas telah diperkatakan oleh beberapa orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah seorang ahli sejarah, yang bernama Tun Seri Lanang yang mengatakan:

Shahdan, maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera, ada di dalam Negeri Pahang itu sebuah negeri, Pure namanya. Air sungainya tohor. dengan pasirnya terlalu baik, airnya tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dengan padangnya amat luas.

Kenyataan yang lebih jelas mengenai kekayaan emas di Pahang ialah Iaporan daripada seorang penulis Portugis, Manoel Golindho de Eredia (lebih kurang tahun 1600), dalam satu report yang bertajuk: ‘A Report Upon de Aurie Khersonese.yang berbunyi:

Pan (Pahang) was the second seat of the Malay Empire and situated in the east coast of the Peninsula at three degrees North Latitude, and no less frequented by merchants because of its gold mines, for it posseses the largest and finest in Malay Peninsula, from whence we may presume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Cairo, etc... thus the lands of the district and jurisdiction of Pan are all lands of gold as a great quantity is found in rugged passes and steep quarries, which gold is taken to Malacca for sale. So much so that the King of Pan sent as a present from Adea (Endau) a beautiful piece of gold stone two and a half cubits in length, to the Captain and Governor of Malacca, Joao de Silva, who, amazed at the sight of the gold, ordered it to be broken and there we found a vein of gold a yard in width, as is well known to those of that time, it having happened in the year 1586.

Pada zaman British emas dilombong di daerah Lipis dan Raub. Di Jerantut terutama di DUN Tahan ada tempat yang mempunyai taburan emas. Tetapi oleh kerana masalah pengangkutan, teknologi mesin dan hutan yang tebal pelombong Inggeris tidak merasakan perlombongan emas itu berbaloi.Daripada cerita dari orang tua-tua bahawa di Sungai Kembir Ulu Tembeling ada emas. Zaman dulu orang Siam melombong di situ tetapi kaedah yang digunakan adalah tradisional dengan melampan dan mendulang.pada masa itu. Ulu Tembeling punyai beribu-ribu hektar kawasan potensi melombong emas. Pernah semasa menaiki helikopter terbang meninjau Ulu Tembeling, seorang pelombong emas dari Australia dengan mengunakan pengesan "gold detector" begitu teruja bila mendapati ada kawasan yang ada banyak taburan emas.Cuma pelombong Australia ini mengeluh,

" How we are going to transport these golds!" I can bring heavy machines but this transportation problems really costs much". WZWH hanya senyum sambil berkata dalam hati "I know how to solve these problems".

Beribu-ribu hektar lombong emas berpotensi di Ulu tembeling perlu diterokai untuk memajukan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut. Peluang pekerjaan, tempat maju dan memberi pendapatan kepada negeri Pahang.Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.
MB Pahang, DSD Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,”

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin bahawa aktiviti perlombongan akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia kecuali aktiviti tersebut dikawalselia dengan kemas dan teratur. Bagi mempastikan aktiviti perlombongan diusaha secara mapan, Kerajaan telah menguatkuasakan Enakmen Mineral 2001. Undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan adalah untuk mempastikan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara amat teliti demi kepentingan manusia dan kehidupan lain. Dibawah Enakmen Mineral 2001, Tabung Pemuliharaan Lombong diwujudkan bagi mempastikan semua tanah bekas lombong dipulihkan semula selepas digunakan.


No comments:

Post a Comment